Archive for June, 2010

06
Jun
10

Cara Penjagaan Murai Batu

DEDAK – aku bagi dedak itam tu je ( pasal ade info yang cakap kalau yang jual pakai pek tu mengandungi pewarna )
IKAN LONGKANG – 2 minggu sekali (untuk menguatkan tulang – tulang yang longgar)
CENGKERIK – setiap hari lebih kurang 7 ekor
MULTI VITAMIN – 2 kali seminggui sebanyak 10 titik dalam mangkuk minuman , kat kedai asoon kepong yang dalam botol warna purple (khas untuk murai & terkukur )
MANDI – kalau ade masa setiap hari tapi memandangkan kerja aku tak menentu hari seminggu dalam 2 kali aje yang aku mampu buatkan.

06
Jun
10

Tips memilih Murai Batu

Yang perlu anda perhatikan dalam pemilihan ini adalah:
1. Mata
Hindari membeli MB yang pada matanya sudah kelihatan tanda adanya katarak, iaitu selaput berwarna putih pada bola mata. Jika MB sudah katarak, resiko MB tsbut menjadi buta sangat tinggi sekali.
2. Kaki.
Cari kaki MB yang berwarna hitam, kerana MB yang memiliki warna hitam pada kakinya, diyakini punya mental berani. Tapi ingat, bukan bererti kaki berwarna lain tidak bagus.
Hindari memilih MB yang memiliki kuku kaki baha gian belakang (kelingking) berwarna tidak sejenis, iaitu satu hitam satu lagi putih atau dikenali juga sbg kuku anjing.
MB yang memiliki kuku seperti ini sangat diyakini memiliki mental yang tidak stabil, kdg2 ia hebat,kdg2 x de power.
3. Ekor.
Cari MB yang memiliki ekor rapat dan tidak terlalu tebal. Ekor yang seperti ini selain cantik, juga akan membuat MB memainkan ekornya pada saat ditrek.
Hindari membeli MB dengan ekor bercabang atau menggunting. MB ini diyakini memiliki mental tidak stabil.
Hindari juga membeli MB yang tidak punya ekor, karena kita tidak tahu bagaimana bentuk dan jenis ekor dari MB tsb, jika ekornya sudah tumbuh kembali.
4. Bulu Dada.
Kebanyakan MB memiliki bulu dada berwarna coklat, tapi jika anda mendapatkan MB dgn bulu dada cenderung berwarna kekuningan, maka itu rezeki anda. MB dengan warna bulu dada seperti ini, biasanya cepat berbunyi dan cepat juga menjadi.
5. Usia
Jangan pernah menilai usia MB hanya berdasarkan pengamatan pada kaki.
Tipsnya, tangkap MB tersebut, buka mulutnya dan perhatikan rongga mulutnya. Jika masih berwarna putih atau sedikit cerah, maka MB tersebut masih muda, jika sudah berwarna hitam berarti MB tsbut sudah tua dan semakin pekat warna hitamnya, semakin tua usia MB tsbut.
MB muda juga mempunyai tanda bulu yang masih berbintik coklat dibahagian sayap sebelah luar maupun sayap sebelah dalam.
6. Tingkah.
Jika ada MB yang msr kita pegang dia menjerit dan berusaha mematuk-matuk jari tangan kita, inilah MB dengan mental berani.
MB seperti ini adalah MB yang menjadi rebutan.

Dari segi fisik :

  • Bentuk kepala ceper
  • Tubuh panjang setara
  • Ekor tidak panjang
  • Paruhnya sederhana.
  • Kretekan keras dan padat.
  • Pilih paruh yang agak lurus
  • Leher besar panjang
  • Garis hitam didada agak keatas cari yang rata dengan sayap
  • Ekor melengkung mulai pangkal
05
Jun
10

SISTEM TURBO

1.Cmner sistem turbo nie berfungsi dgn kadar yg betul? Enjin turbo berfungsi dengan membekalkan udara tambahan ke dalam engin untuk menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna. Bekalan udara ini berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna di dalam engin, dengan itu dapat meningkatkan lagi kuasa yang dihasilkan engin. Enjin turbo yang awal pada mulanya hanya berfungsi untuk mengepam udara tambahan kedalam enjin dengan mengunakan kipas dibahagian ekzos. Putaran kipas itu akan menggerakkan pam udara turbo dengan bantuan shaf penyambung, dengan itu memastikan jumlah udara yang keluar melalui ekzos sama jumlahnya dengan udara yang di pam masuk kedalam enjin.

2.Penyebab turbo lag? turbo lag ni berlaku sebab byk faktor, bukan sebab piping aje, kalau enjin std gaban, piping std gaban takkan berlaku turbo lag even tak buat steel piping. salah satu faktor penyebab yang paling terasa adalah bila enjin dlam keadaan std tp turbo kita upgrade ke saiz yang lebih besar. cth enjin GSR std kilang masuk AR80, so kita akan dapat power pd high rpm dalam 6000-7500K baru boost nak penuh, so pd low rpm boost akan lambat masuk, fenomena ni kita namakan turbo lag, dimana turbo lmbt spool utk dptkan kuasa yang maksimum, faktor lain, saiz piping yang tak betul. cth piping intercooler 3″ tp pakai td04 std, then terlalu piping yang panjang pun akan menyebabkan turbo lag. then yang paling akhir size intercooler yang terlalu besar, btw ade gak yag berpendapat size intercooler tak terlalu ketara kesannya, mungkin bg sesetengah orang tak terasa kesan lag bila upgrede size intercooler. and ada la faktor2 lain yang kene study lagi.

3.Penjagaan sistem turbo yg betol? nak jaga sistem turbo same je cam jaga enjin n/a, servis pd masa yang sesuai etc. tp biasenye kalau untuk enjin turbo ramai yang nasihatkan guna myk hitam yang sesuai, then servis dalam tempoh masa yang lebih kerap. cth 4000K tukar myk hitam, sebab enjin turbo lebih panas dari enjin n/a. yang lain2 lebih kurang sama je ngan enjin biase, then lg satu, untk turbo warming up pepagi utk enjin tu penting, then kalau nak off enjin make sure tunggu dalam 30 saat sebelum offkan enjin (better pakai timer) sebab enjin turbo perlukan masa bertenang sebelum boleh gerak n sebelum matikan enjin, utk make sure jangka hayat turbo n enjin akan lebih panjang.

4.Pemilihan turbin yg sesuai dgn enjin? bergantung pada set up kereta n enjin anda, kalau utk race atau track takde mslh utk pakai turbo beso, tp kalau utk kegunaan harian dengan upgrade pd sistem enjin, cooler sistem yang std, better pakai turbo std kilang je, kalau nak upgrade turbo kena make sure myk cukup, piston dah cukup kuat, compression enjin yang sesuai etc. so byk faktor kene ambil kira sebelum kita nak pilih turbo, kecik sgt takde power, besor sgt kang lag pulok, sebelum enjin kaboooom!!

5.Kacuk mengacuk utk menguatkan kadar boost tnpa enjin bleh blow.? mcm aku terangkan kat ats, byk faktor nak kene consider sebelum kita nak kacuk 2 hydbrid turbo, kalau semua dalam keadaan yang memuaskan takde mslh nak pakai turbo beso tanpa lag n rosakkan enjin. 1st sekali nak kene make sure fueling system kita tiptop, myk mesti cukup utk upgrade bigger turbine disampaing cooling system etc..

6.saiz intercooler yg sesuai utk sesebuah enjin turbo? yangnipun bergantung pad setup enjin jugak, tp kalau utk enjin std tak perlu intercooler yang terlalu besor, vr4 size pun dah cukup, kalau evo, pakai je yang stock, dah boleh support sampai 500HP dah tu.

.Cmner nk dapatkan setting yg cun tuk sesebuah enjin turbo? g dyno insyaAllah boleh dapat setup yang cun, tp kene cari tuner yang pakar gak ler, biase kedai2 yang buat dyno memang boleh set cun2 pnye, and nak kene ade piggyback atau stand alone la, kalu nak setup cun, kalau stock ecu+hardware aje pyh ckit nak dapat setup yang cantik.

8.Saiz ekzos yg sesuai tuk enjin turbo 2.0CC&1.3CC? (dari manifold smpi ke muffler) 2.0 boleh pakai 3″ kalau 1.3 2.3″ atau 2.5″ tp 2.5″ tu kira dah beso dah tu… 9.Ecu yg paling best tuk setup sebuah keta terubuk.. Haltec, Microtech… kalau byk modal ler, kalau budget rendah boleh rechip je atau guna unichip. guna piggyback cam SAFC+SITC atau emanage pun ok, cuma setup agak terhad and power yang terhasil pun tak boleh nak banding ngan stand alone la. 10.Apakah kegunaan utama wastegate selain dari berbunyi garang?? wastegate berfungsi utk membuang atau melepaskan udara termampat yang tak digunakan kembali ke atmosfera, berfungsi sama mcm std actuatoe dalam sistem turbo std, cuma std actuator tak menghasilkan bunyi yang garang sebab udara yang berlebihan akan disalurkan ke ekzos sistem while wastegate direct ke persekitaran. fungsi benda ni tak sama mcm bov, sebab bov buang udara lebih yang dah disejukkan oleh intercooler, wastegate buang udar panas yang dimampatkan oleh turbo, utk memastikan bekalan udara adalah pd tekanan yang tetap bergantung pd spring rate wastegate tersebut. std actuator biase spring rate dia 0.7@0.8 bar, wastegate aftermarket ni ikut kita nak letak ler ok diharap serba sedikit dapat membantu menambahkan pengetahuan kita, mana2 yang tak betul tolong btlkan and mana2 yang tak cukup tolong tambah. saya bukan otai, sekadar menjawab soalan yang tak terjawab, sekian terimakasih

sumber dari :Forum majalahkereta.

05
Jun
10

Info Tayar Kereta

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “82” kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf “H” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

PCD

PCD adalah jarak2 diantara kedudukan bolt2 nut pada knuckle ataupun jarak2 lubang nut pada rim korang..

cam cth:-

– PCD 100 x 4 hub – myvi/kenari/wira/satria/savvy
– PCD 108 x 3 hub – tiara
– PCD 110 x 4 hub – kancil/viva
– PCD 114.3 x 4 hub – saga/waja
– PCD 114.3 x 5 hub – ebo/sekailine/cefiro
– PCD 139.7 x 6 hub – 4×4 (pajero dah sengakatan dgnnya)




June 2010
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Months